Tuesday, 24 July 2018

Pertandingan Inovasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada penggal pertama tahun ini (2018), saya berpeluang untuk menyertai Pertandingan Inovasi di peringkat kebangsaan. Kedua-duanya adalah anjuran IPG, pertama di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut dan baru-baru ini di IPG Kampus Darul Aman. 




Pertandingan Inovasi di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut

Pertandingan Inovasi di IPG Kampus Darul Aman, Jitra
Untuk pertandingan inovasi di IPGKSM, saya mendapat pingat perak dan di IPGKDA pingat gangsa. Kedua-duanya saya pertandingkan inovasi PAPERGAM. Apa iti PAPERGAM? Di entry berikutnya akan saya terangkan dengan lebih lanjut.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah, peluang menyertai Pertandingan Inovasi sebenarnya sangat luas buat para guru yang inginkan pengalaman dan perkongsian dari pelbagai peserta sangat memberi impak kepada keberhasilan diri sendiri. Saya percaya jika ramai guru berinovasi, pelbagai idea dapat kita lihat dan ambil untuk kegunaan diri sendiri.

Di lain entry, saya akan ceritakan tentang PAPERGAM, tunggu ya ;)

Tuesday, 28 October 2014

i-Think dalam pemulihan khas

Salam Sejahtera.

Pernah dengar tentang i-Think?

Cikgu-cikgu pernah menghadiri kursus tersebut?

Pernah mengaplikasikannya ke dalam pdp?

Sebenarnya bidang pemulihan khas tidak terkecuali untuk menggunakan konsep i-Think dalam pdp. Namun kita perlu tahu cara bagaimana yang paling baik untuk digunakan.

Mungkin ada antara cikgu-cikgu yang belum lagi khatam peta i-Think.

Itu tidak penting. Apa yang penting ialah tahu peta yang sesuai untuk digunakan.

Di bawah merupakan contoh pdp saya menggunakan aplikasi i-Think.
Ini hanya sebahagian sahaja. Maksud saya setelah selesai pembelajaran secara individu dan berkumpulan, pengayaan atau pengukuhan dijalankan dalam bentuk peta i-Think.

Peta pemikiran i_think

Saya menggunakan peta bulatan.


 Proses pemikiran : Mendefinisikan mengikut konteks

Dalam aktiviti di atas, murid-murid dikehendaki memilih kad bergambar KVKVK yang betul dan diletakkan dalam peta bulatan yang tepat. Di sini murid dapat mendefinasikan apa itu 'Benda bukan hidup' dan 'Benda hidup' secara ringkas. Murid juga dapat mengeja dan menyebut perkataan bergambar yang dipilih.
Sebelum membuat keputusan, murid perlu mengeja dan menyebut dengan kuat perkataan yang sesuai untuk diletakkan dalam peta bulatan.


Itu sahaja setakat ini. Saya akan cuba perbanyakkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan i-Think dalam pemulihan.

Sekian.

Monday, 20 October 2014

Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih di atas kunjungan para pembaca ke blog saya yang tidak seberapa ini.
Di harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua guru pemulihan khas khususnya dan guru-guru sekalian amnya.

Sebarang komen dan penambahbaikan amatlah digalakkan.

Terima Kasih.